Anyaman buah cempedak

Iklan
Abd. Ghani Adam, 57, menyusun anyaman buah cempedak yang dibuat secara tradisional untuk dijual kepada pelanggan ketika tinjauan di Kampung Sungai Lerek hari ini.

Peniaga kedai runcit di Setiu itu meneruskan tradisi menjual sarung buah cempedak yang dianyam menggunakan daun bertam bagi meraih pendapatan sampingan.

Zaman dahulu, sarung cempedak menjadi sumber pendapatan orang tua-tua, tetapi kini tidak ramai golongan muda berminat mewarisi kaedah pembuatannya kerana orang muda sekarang lebih gemar menggunakan sarung diperbuat daripada plastik atau kertas.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Penggunaan sarung cempedak daripada daun bertam ada keistimewaan tersendiri kerana ia boleh bertahan sehingga dua musim buah-buahan.

Beliau memberitahu, alatan tradisional itu kini sudah jarang dijumpai kerana proses pembuatannya agak rumit.

Anyaman sarung cempedak dijual pada harga 30 sen setiap satu.