Hard Rock Cafe Ipoh

Iklan
Pengunjung disini menikmati suasana dan menu ketika sesi bersama media Hard Rock Cafe Ipoh baru-baru ini.

Hard Rock Cafe Ipoh yang terletak di PALO 101 di sini dan mula beroperasi sejak 27 Mac lepas mempunyai sasaran menarik kehadiran kira-kira 70,000 pengunjung ke kafe tersebut bagi tahun ini.

Penolong Pengurus Besar Hard Rock Cafe Ipoh Mohd Najip Ab Llah berkata kumpulan sasaran mereka pula meliputi semua lapisan masyarakat seperti dalam kalangan golongan muda, tua, warga tempatan dan pelancong asing kerana nama Hard Rock Cafe itu sendiri sudah terkenal di seluruh dunia.