Polis mohon sambung reman suspek kes bunuh Nur Farah Kartini

Iklan
Polis akan memohon lanjutan reman suspek kes bunuh Nur Farah Kartini Abdullah.

SUNGAI BULOH - Polis akan memohon lanjutan reman suspek kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, reman suspek terbabit akan tamat pada Isnin ini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, lanjutan reman itu akan dipohon susulan masih terdapat banyak aspek siasatan yang masih belum diselesaikan.

"Siasatan masih di peringkat awal, polis akan buat permohonan untuk melanjutkan tempoh reman suspek," katanya pada Khamis.

Iklan
Datuk Hussein Omar Khan

Media sebelum ini melaporkan seramai 26 saksi telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini, 25.

Antara saksi yang dirakam keterangan mereka termasuklah rakan mangsa, rakan sekerja suspek dan saksi awam.

Iklan

Pada Isnin, mayat Nur Farah Kartini dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang.

Susulan itu, suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga bekerja sebagai anggota polis ditahan pada hari yang sama.

Suspek kemudian direman tujuh hari 22 Julai depan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kehilangan mangsa dilaporkan pada 11 Julai susulan satu laporan polis bersangkut kes Tanjung Malim, Perak, selepas sehari menghantar kereta sewa di Taman Universiti, Tanjung Malim.