Jenazah Nur Farah Kartini tiba di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis

Iklan
Jenazah mangsa bunuh, Allahyarham Nur Farah Kartini selamat tiba di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis di sini, pada Khamis.

PEKAN - Jenazah mangsa bunuh, Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, selamat tiba di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis di sini, pada Khamis.

Van yang membawa bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dari Hospital Sungai Buloh tiba di tanah perkuburan itu kira-kira jam 5 petang.

Iklan
Iklan

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindutrian, Sains, Teknologi, Inovasi dan Alam Sekitar, Datuk Mohamad Nizar Najib bagi mewakili kerajaan negeri Pahang.

Berdasarkan rekod, proses bedah siasat ke atas mayat Nur Farah Kartini dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh selesai pada Selasa jam 6.10 petang.

Iklan

Urusan tuntutan jenazah Allahyarham dilakukan selepas hasil keputusan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh pihak polis, pada Khamis.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan mayat Nur Farah Kartini dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang.

Iklan

Susulan itu, suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga bekerja sebagai anggota polis ditahan pada hari yang sama.

Suspek kemudian direman tujuh hari 22 Julai depan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kehilangan mangsa dilaporkan pada 11 Julai susulan satu laporan polis bersangkut kes Tanjung Malim, Perak, selepas sehari menghantar kereta sewa di Taman Universiti, Tanjung Malim.