Harimau Malaya lonjak satu anak tangga ke-134 dunia

Iklan
Harimau Malaya berada di kedudukan 134 berbanding 135 ranking Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) sebelum ini.

PENGENDALI skuad bola sepak negara, Kim Pan-gon mengakhiri tugasan dengan meletakkan Harimau Malaya di kedudukan 134 berbanding 135 ranking Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) sebelum ini.

Peningkatan satu anak tangga itu diumumkan badan induk bola sepak dunia tersebut dalam kemas kini terkini yang dimuat naik dalam laman web persekutuan berkenaan pada Khamis.

Iklan
Iklan

Pada Isnin, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan melepaskan khidmat pengendali dari Korea berusia 55 tahun serta-merta dengan persetujuan bersama kedua-dua pihak atas alasan peribadi.

Penolong Pan-gon dari Sepanyol, Pau Marti Vicente dilantik pengendali sementara dengan tugasan pertama Pestabola Merdeka 2024 yang disertai Tajikistan, Lebanon dan Filipina di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada September depan.

Iklan
Iklan

Selain itu, Harimau Malaya juga akan mengharungi Kejuaraan Piala ASEAN 2024 pada November dan Disember diikuti Kelayakan Piala Asia 2027 menyingkap tirai Mac depan.