Lelaki degil bayar 26 tunggakan kompaun dihadapkan ke mahkamah

Iklan
Tindakan seorang individu tidak membuat bayaran ketika meletakkan kenderaan mengundang padah apabila dia didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret Telok Datok di sini, pada Khamis.

KUALA LANGAT - Tindakan seorang individu tidak membuat bayaran ketika meletakkan kenderaan mengundang padah apabila dia didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret Telok Datok di sini, pada Khamis.

Individu berusia lewat 30-an itu dikenakan hukuman terbabit selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Maslinda Selamat.

Iklan
Iklan

Mahkamah memerintahkannya dipenjara lima hari jika gagal membayar denda itu.

Berdasarkan pertuduhan, dia selaku orang kena saman (OKS) didakwa meletakkan kenderaan di tempat yang dilarang oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), tanpa bayaran di Jalan Bunga Pekan, Banting, di sini.

Iklan

Pertuduhan dibuat mengikut Perenggan 8, Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak) Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) 2007.

Ekoran kes terbabit, OKS menjelaskan 25 tunggakan notis kesalahan di MPKL.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kanan MPKL, Hasrizal Abd Rahim dan Pegawai Pendakwa MPKL, Ahmad Razali Abdul Manaf.