Polis cari Khin Mg Myo bantu kes bunuh isteri

Iklan
Polis sedang mengesan seorang lelaki Myanmar untuk membantu kes bunuh seorang wanita warga asing di Batu Maung.

BALIK PULAU - [DIKEMAS KINI] Polis mengesan seorang lelaki warga Myanmar bernama Khin Mg Myo bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang wanita di Batu Maung, Bayan Lepas di sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, suspek berusia 34 tahun itu dipercayai terlibat dalam kes bunuh isterinya yang juga warga asing pada 17 Julai lalu.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, orang awam yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Ganthan Annamalay di talian 014-9237366 atau 04-8662222.

"Pada jam 9.50 malam Rabu, kita menerima maklumat daripada orang awam mengenai seorang wanita berada dalam keadaan tidak sedarkan diri serta berlumuran darah di Tingkat 3 Flat Taman Indah, Batu Maung di sini.

Iklan

"Siasatan awal polis mendapati, mangsa seorang wanita disyaki warga asing berusia lingkungan 30-an berada dalam keadaan terlentang di kaki lima tingkat tiga flat tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kamarul menambah, pemeriksaan awal pada badan mangsa mendapati ada luka tikaman di bahagian leher, dada dan kaki disyaki disebabkan senjata tajam.

Iklan

"Mangsa merupakan isteri kepada suspek. Sehubungan itu, kita sedang memburu suspek yang disyaki terlibat dalam kes ini untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.