Pahang salur sumbangan kepada waris Allahyarham Nur Farah Kartini

Iklan
Mohd Nizar ketika ditemui pemberita selepas selesai pengebumian Allahyarham Nur Farah Kartini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, pada Khamis.

KUANTAN - Kerajaan Pahang menyalurkan sumbangan kepada waris keluarga Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang dijumpai dibunuh di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor pada Isnin lalu.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi, Inovasi dan Alam Sekitar, Datuk Mohamad Nizar Najib berkata, ia sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada keluarga yang ditimpa dengan ujian berat.

Iklan
Iklan

"Kami di Pahang turut berasa amat sedih dan simpati terhadap apa yang berlalu kepada mangsa dan saya juga menyampaikan sumbangan kerajaan negeri kepada keluarga Allahyarham.

"Kita berharap mereka tabah menghadapi ujian ini, dan mendoakan agar mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ditemui pemberita selepas pengebumian Allahyarham Nur Farah Kartini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis di sini, pada Khamis.

Pengebumian Allahyarham yang berasal dari Miri, Sarawak dan merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu selesai kira-kira jam 5.20 petang.

Iklan

Terdahulu, jasad Nur Farah dibawa dari Hospital Sungai Buloh, Selangor, pada jam 2.05 petang dan tiba tanah perkuburan di sini, kira-kira jam 5 petang.

Ketibaan jenazah turut diiringi kenderaan pengiring polis dan ahli keluarga.

Proses bedah siasat ke atas mayat Nur Farah Kartini dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh selesai pada Selasa jam 6.10 petang.

Urusan tuntutan jenazah Nur Farah Kartini dilakukan selepas hasil keputusan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh pihak polis, hari ini.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan mayat Nur Farah Kartini dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang.

Susulan itu, suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis ditahan pada hari yang sama.

Suspek kemudian direman tujuh hari 22 Julai depan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kehilangan mangsa dilaporkan pada 11 Julai susulan satu laporan polis bersangkut kes Tanjung Malim, Perak, selepas sehari menghantar kereta sewa di Taman Universiti, Tanjung Malim.