Beg tangan Nur Farah Kartini ditemui di Sungai Trolak

Iklan
Datuk Hussein Omar Khan. Gambar kecil: Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah

SHAH ALAM - Beg tangan dipercayai milik Nur Farah Kartini Abdullah ditemui dalam operasi pencarian bahan bukti yang dijalankan di Sungai Trolak Kampung Batu, Perak pada Rabu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, beg tangan terbabit dijumpai sewaktu operasi pencarian dilakukan pihak polis di lokasi terbabit.

Iklan
Iklan

"Ya. Bag wanita ditemui itu dipercayai kepunyaan mangsa," katanya ringkas ketika dihubungi media pada Khamis.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan usaha mencari bahan bukti dijalankan berdekatan Sungai Trolak, Perak.

Iklan

Lokasi ini terletak kira-kira 20 minit daripada parit dekat kawasan hutan kelapa sawit dekat Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor yang menjadi kawasan pencarian bahan bukti sebelum ini.

Pencarian yang dijalankan polis di kawasan parit berkenaan sebelum ini menemukan telefon pintar dipercayai milik mangsa.

Iklan

Sinar Harian pada Isnin melaporkan mayat Nur Farah Kartini dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang.

Susulan itu, suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga bekerja sebagai anggota polis ditahan pada hari yang sama.

Suspek kemudian direman tujuh hari 22 Julai depan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kehilangan mangsa dilaporkan pada 11 Julai susulan satu laporan polis bersangkut kes Tanjung Malim, Perak, selepas sehari menghantar kereta sewa di Taman Universiti, Tanjung Malim.