Guru ditahan disyaki pukul, tendang kanak-kanak autisme

Iklan
Suspek didapati telah menendang, memukul dan menarik kanak-kanak itu secara kasar sehingga mangsa terjatuh daripada kerusi. Gambar hiasan (Gambar kecil: Shahrulnizam)

PETALING JAYA - Seorang guru lelaki ditahan kerana disyaki memukul dan menendang seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun di sebuah pusat jagaan, di Kelana Jaya di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Shahrulnizam Ja'afar berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa berusia 36 tahun pada jam 12.39 tengah hari.

Iklan
Iklan

"Berdasarkan siasatan awal, suspek berusia 32 tahun didapati telah menendang, memukul dan menarik kanak-kanak itu secara kasar sehingga mangsa terjatuh daripada kerusi.

"Pemeriksaan lanjut mendapati ada kesan gigitan di tangan mangsa," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Ujar beliau, pihaknya telah menahan lelaki itu di kediamannya di Ampang, pada jam 1.13 petang, Khamis.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak- Kanak 2001 kerana disyaki melakukan pengabaian terhadap kanak-kanak tersebut," katanya.

Iklan

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini mohon tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222," katanya.