Pas selar program amal sekolah dicemari penajaan syarikat gergasi arak

Iklan
Mohamed Sukri

SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor menyelar penganjuran program amal di sebuah sekolah di negeri ini yang didakwa dicemari dengan penajaan syarikat gergasi arak.

Ketuanya, Mohamed Sukri Omar berkata, pihak sekolah sepatutnya lebih sensitif berhubung perkara itu kerana ia dilakukan secara terang-terangan termasuk kehadiran pemimpin kerajaan untuk memberikan sokongan.

Iklan
Iklan

Tegas beliau, lebih mengejutkan lagi kehadiran seorang pemimpin kerajaan bertaraf Timbalan Menteri dalam program tersebut.

"Memalukan (apabila) tindakan Timbalan Menteri berdiri di atas pentas sambil tersenyum memegang replika cek yang terpampang logo arak jenama terkenal.

Iklan

"Adakah ini Islam 'Rahmatan lil alamin' yang mahu diperjuangkan parti tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mohamed Sukri memberitahu, sudah terang lagi bersuluh, jika beginilah sikap pemimpin-pimpinan parti itu, maka kesucian Islam semakin terancam.

Iklan

"Apakah tugas parti tersebut dalam komponen Pakatan Harapan (PH)? Mungkin sekadar hanya mengikut cakap sahaja," tambah beliau.

Ujar beliau, usaha pihak sekolah menganjurkan program amal bagi mengumpulkan dana memperbaiki prasana sekolah seperti membina dewan merupakan suatu ikhtiar yang patut dipuji.

Bagaimanapun, katanya, janganlah terlalu terdesak sehingga mencemarkan program tersebut dengan anasir yang bakal merosakkan masa depan anak-anak.

"Sekolah tersebut telah menganjurkan konsert amal untuk mengumpulkan dana bagi membina dewan serbaguna yang baharu.

"Benar, ada yang berhati mulia sehingga sanggup menyumbangkan sekurang-kurangnya separuh gaji mereka untuk menyokong usaha pembinaan dewan tersebut.

"Malangnya, usaha murni ini dicemari dengan penajaan syarikat gergasi arak yang secara terang-terangan sedang normalisasi arak di sekolah," kata beliau.