Lelaki tular patahkan pengelap cermin kereta ditahan di PD

Iklan
Seorang lelaki tular yang mematahkan pengelap cermin sebuah kereta jenis Perodua Alza dalam kejadian di Jalan Dataran Sentral 2 bersebelahan Seremban Gateway, 10 Julai lalu telah ditahan polis pada Khamis.

SEREMBAN - Seorang lelaki tular yang mematahkan pengelap cermin sebuah kereta jenis Perodua Alza dalam kejadian di Jalan Dataran Sentral 2 bersebelahan Seremban Gateway, 10 Julai lalu telah ditahan polis pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan di kawasan Port Dickson jam 2.30 petang.

Iklan
Iklan

"Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti motif dan punca kejadian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan khianat ke atas harta orang lain," katanya ketika mengesahkan tangkapan berkenaan pada Jumaat.

Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan polis sedang mengesan lelaki berkenaan selepas menerima laporan daripada seorang wanita mengenai kejadian itu sebaik melihat kamera papan pemuka kenderaannya.

Wanita berkenaan bertugas sebagai pegawai bank di Petaling Jaya mengatakan kereta jenis Produa Alza miliknya di letakkan di lokasi untuk pergi bekerja.

Iklan

Dia mendapati kenderaannya mengalami kerosakan pecah cermin hadapan, pengelap cermin hadapan dan belakang patah serta rosak pada kedua-dua cermin sisi.