[VIDEO] Rumah RM1 Uncle Kentang percuma untuk waris, pesakit kanser

Iklan

PUTRAJAYA - Waris dan pesakit kanser yang menerima rawatan di Institut Kanser Negara (IKN) di sini, berpeluang untuk mendiami Rumah RM1 Uncle Kentang secara percuma.

Aktivis Kuan Chee Heng berkata, Rumah RM1 yang terletak di Pangsapuri Harmoni, Presint 8 itu sebagai inisiatif tambahan kepada Rumah RM1 di PPA1M Pudina Presint 17, untuk memberi keselesaan kepada mereka yang memerlukan.

Iklan
Iklan

"Mereka datang dari serata negeri untuk menerima rawatan sebagai pesakit kanser di IKN, jadi boleh tinggal di sini secara percuma dengan membuat permohonan kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan IKN," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Kuan Chee Heng (kanan) dan Dr Mohd Anis Haron.

"Wanita itu ada tanya saya apa yang diperlukan untuk membantu. Jadi dia membeli rumah ini dan menyewakan kepada kami pada kadar RM1 sebulan untuk kegunaan waris serta pesakit kanser," katanya.

Iklan

Chee Heng memotong reben sebagai simbolik perasmian Rumah RM1 Uncle Kentang.

Iklan

Sementara itu, Pengarah IKN Dr Mohd Anis Haron menyambut baik inisiatif yang dijalankan oleh pihak Chee Heng.

Jelasnya, IKN mempunyai ramai pesakit harian yang menerima rawatan sekali gus inisiatif berkenaan meringankan beban mereka.

"Ada antara mereka datang dari jauh termasuk Sabah Sarawak, sekurang-kurangnya ini akan membantu," katanya.