Lihat proses mobiliti secara positif - Razarudin

Iklan
Razarudin

KUALA LUMPUR - Proses pertukaran dan penggiliran tugas penyelia dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan tempoh lima tahun ke atas akan terus dilaksanakan pemerkasaan setiap anggota dan pegawai bertugas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pelaksanaan mobiliti itu penting bagi melahirkan pegawai polis yang berkemahiran dan berkebolehan dalam segenap bidang kepolisan.

Iklan
Iklan

Malah kata beliau, proses penggiliran juga dapat menyuntik semangat dan motivasi kerja individu yang terlibat, seterusnya meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan PDRM.

"Saya mahu warga pasukan melihat proses mobiliti ini daripada sudut yang positif.

Iklan

Beliau berkata demikian pada perhimpunan bulanan Ketua Polis Negara Bulan Julai anjuran Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Razarudin berkata, menerusi Mesyuarat Khas bersama Kepimpinan PDRM pada 9 Februari lalu, dia telah mengarahkan supaya pertukaran dan penggiliran tugas penyelia bagi tempoh lima tahun ke atas dilaksanakan.

Iklan

Jelasnya, ia melibatkan pegawai kanan polis berpangkat Inspektor hingga Deputi Superintenden (DSP) dan pegawai rendah polis dari pangkat Koperal hingga Sub Inspektor.

Sehingga Jun lalu, beliau berkata, bagi kategori pegawai kanan Polis (PKP), sejumlah 49.15 peratus bersamaan seramai 261 orang pegawai berpangkat Asisten Superintenden (ASP) dan DSP telah menjalani pertukaran dan masih berbaki seramai 270 orang.

Manakala bagi pegawai berpangkat ASP dan Inspektor, menurutnya, sejumlah 39.79 peratus iaitu seramai 497 orang telah menjalani mobiliti dan berbaki seramai 720 orang yang masih belum ditukarkan.

Sementara bagi kategori pegawai rendah polis (PRP) pula, katanya, secara keseluruhan sejumlah 3,779 orang PRP telah dikenal pasti terlibat dalam eksesais pelaksanaan mobiliti.

"Namun begitu, sehingga kini hanya 1,045 orang iaitu bersamaan 27.7 peratus penyelia berpangkat Koperal hingga Sub Inspektor telah menjalani mobiliti, manakala baki 2,734 orang PRP lagi masih belum ditukarkan," ujarnya.

Habis...