IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita 463 bungkusan makanan ringan pelbagai jenis yang menggunakan logo halal tidak sah dengan nilai dianggarkan berjumlah RM2,720 di Buntong di sini, semalam.
Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, tindakan itu diambil selepas pihaknya membuat serbuan terhadap sebuah premis makanan ringan di Kampung Kacang Putih kerana disyaki menggunakan logo halal yang tidak sah bagi tujuan perdagangan dan jualan di pasaran.