Polis kesan remaja perempuan hilang sejak 15 Julai

Iklan
Nur Aina Faqihah

BENTONG - Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dari Kampung Lama, Lurah Bilut yang dilaporkan hilang sejak 15 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, kehilangan Nur Aina Faqihah Sharizan dilaporkan dua hari selepas gadis itu menghilangkan diri.

Iklan
Iklan

Menurutnya, lokasi terakhir gadis berkulit sawo matang itu dilihat di rumah keluarganya di Kampung Lama, Lurah Bilut.

"Berdasarkan maklumat, gadis berkenaan memiliki ketinggian kira-kira 165 sentimeter, berat 60 kilogram dan berbadan sederhana," katanya melalui kenyataan pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Zaiham berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat tentang gadis itu diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah (PKD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di 09-2231999.