SINGAPURA - Satu misi menyelamat sedang dijalankan susulan kebakaran di atas dua kapal tangki kira-kira 55 kilometer timur laut Pedra Branca dalam Kawasan Pencarian dan Penyelamatan Maritim Singapura.
Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam satu kenyataan berkata, mereka telah dimaklumkan mengenai insiden melibatkan kapal tangki yang didaftarkan di Singapura, Hafnia Nile dan kapal tangki yang didaftarkan di São Tomé dan Príncipe, Ceres 1, pada kira-kira 6.15 pagi Jumaat.