Hina Agong: Wajib guna setiap instrumen undang-undang

Iklan
Yussof Latiff.

BUTTERWORTH - Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) memohon tindakan tegas dikenakan terhadap mana-mana pihak yang dilihat cuba menghina Institusi Raja Berperlembagaan di Malaysia, orang Melayu serta agama Islam.

Presidennya, Tan Sri Yussof Latiff berkata, ia berikutan akhir-akhir ini pelbagai jenis ungkapan tidak sopan dan biadab diluahkan di media sosial terhadap institusi berkenaan.

Iklan
Iklan

"Komen-komen yang dilontarkan biadab, kurang enak kita baca malah terdapat artikel yang mengeluarkan kenyataan seolah-olah mempersendakan agama Islam dan kedudukan istimewa orang Melayu seperti termaktub dalam perlembagaan.

"Pemenang berharap pihak berwajib terutama polis mengambil tindakan kerana tindakan mereka ini jelas sekali cuba mengganggu gugat keharmonian dan perpaduan di Malaysia,” katanya.

Iklan

Menurutnya, tindakan tegas amatlah perlu dalam memastikan sesiapa yang berbuat sedemikian faham dan tahu akan undang-undang sedia ada.

"Ini bagi memastikan bahawa rakyat Malaysia tahu bahawa sesiapa sahaja tidak mengira bangsa mahupun agama, fahaman politik mahupun kedudukan sekiranya didapati menyindir, menghina dan merendahkan Institusi Raja Berperlembagaan, agama Islam dan hak istimewa orang Melayu, mereka tertakluk kepada tindakan undang-undang negara.

Iklan

"Apa yang paling penting adalah setiap warganegara hendaklah wajib dan taat kepada Perlembagaan Malaysia dan Rukun Negara. Pihak kerajaan serta pihak berkuasa wajib menggunakan setiap instrumen undang-undang serta menggunakan penguatkuasaannya,” katanya.

Yussof berkata, ia demi mengangkat martabat Institusi Raja Raja Melayu dan memelihara perlembagaan negara supaya tidak dicemari pihak tidak bertanggungjawab dan pada masa sama Pemenang mencadangkan Mahkamah Perlembagaan membicarakan kes-kes seumpama ini,” katanya.