Mayat pekerja ladang ditemui tidak sempurna disyaki dibaham buaya

Iklan
Mayat Kami Antong ditemukan pada jam 10.15 pagi Jumaat, kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

KINABATANGAN - Pekerja ladang yang dilaporkan hilang pada Selasa lepas ditemukan dalam keadaan tidak sempurna disyaki dibaham buaya di Sungai Subuk di Kampung Sobak Perpaduan di sini pada Jumaat.

Mayat Kami Antong, 35, ditemukan oleh pasukan penyelamat pada jam 10.15 pagi kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Jamaluddin berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa diteruskan pada hari keempat.

"Operasi dimulakan pada jam 8 pagi dengan menggunakan bot orang awam di sepanjang sungai sejauh lima kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan dibaham buaya.

Iklan

"Selepas kira-kira dua jam kemudian, mayat mangsa akhirnya berjaya ditemui pasukan penyelamat.

Mayat mangsa dibawa ke kampung untuk diserahkan kepada waris keluarga.

"Bagaimanapun, jasad ditemukan dalam keadaan tidak sempurna iaitu hanya bahagian kepala, tangan dan tulang pinggang saja yang ada. Kita syak mangsa dibaham buaya." katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan

Nurul Azlan berkata, mayat mangsa dibawa ke kawasan kampung sebelum diserahkan kepada waris keluarga.

"Operasi SAR ditamatkan pada jam 1.04 petang selepas semuanya selesai," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, mangsa hilang dikhuatiri dibaham buaya manakala anak lelakinya berusia 10 tahun terselamat ketika mereka sedang memukat ikan di sungai tersebut pada petang Selasa lalu.