Pemandu kereta terperosok bawah treler meninggal dunia

Iklan
Keadaan kereta Proton Wira yang dipandu Ramli (gambar kecil) terperosok di bawah treler yang membawa muatan besi panjang. Foto Facebook Farizatul Firdaus

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Pemandu Proton Wira yang parah selepas terlibat kemalangan dengan lori treler di Ulu Tiram, Johor pada Rabu lalu, meninggal dunia pada Jumaat.

Berita itu dimaklumkan seorang pengguna laman sosial Facebook dikenali Farizatul Firdaus pada petang Jumaat.

Iklan
Iklan

"Untuk makluman semua, pakcik saya dalam kereta Wira sudah meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) sebentar tadi.

"Pakcik saya yang dalam kereta wira sudah meninggal. Semoga Allah merahmati dan menempatkan arwah bersama orang-orang yang beriman. Yang mengenali arwah mohon maaf jika ada salah silap pakcik saya," tulisnya.

Iklan

Difahamkan, mangsa yang berusia lingkungan 60 tahun dan dikenali sebagai Ramli Abdullah meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Dalam kejadian pada Rabu, kereta dipandu Allahyarham terperosok di bawah sebuah treler panjang yang ketika itu sedang keluar dari satu simpang.

Iklan

Kemalangan itu turut dirakam oleh pemandu treler berkenaan yang dilihat sedang memberikan arahan kepada kenderaan lain untuk memberikan laluan ketika dia cuba keluar dari simpang terbabit.

Bagaimanapun, dalam beberapa saat, kereta dipandu mangsa didapati meluru laju dan berlanggar dengan bahagian tengah treler terbabit hingga terperosok di bawah treler yang membawa muatan besi panjang.

Menerusi perkongsian ahli keluarga terdekat, ketika kejadian, mangsa yang difahamkan mengalami penyakit buah pinggang dan sedang memandu pulang selepas mendapatkan rawatan dialisis.