Datuk Seri bebas kes tipu RM1.25 juta isu hutang LHDN

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagan berpangkat Datuk Seri dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas tiga pertuduhan menipu seorang lelaki berusia 35 tahun sebanyak RM1.25 juta, berhubung tunggakan hutang cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada tahun 2021 dan 2022 lalu.

Hakim, Datuk Anita Harun membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan bagi pihak Azraie Jamaludin, 47, berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Iklan
Iklan

"Susulan itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada ketiga-tiga pertuduhan,” katanya.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, dia didakwa menipu seorang lelaki berusia 35 tahun, dengan memperdayakannya bahawa tertuduh akan menyelesaikan tunggakan hutang cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Iklan

Tertuduh didakwa mendorong lelaki terbabit untuk menyerahkan harta secara dalam talian ke tiga akaun bank atas nama sebuah syarikat dan dua individu masing-masing RM105,000, RM222,200 dan RM926,611.

Wang itu kemudiannya diserahkan kepada tertuduh melalui akaun banknya, sedangkan mangsa tidak akan menyerahkan wang terbabit sekiranya tidak diperdayakan, di Jalan Bukit Kiara 1, Brickfields, di sini antara 30 September 2021 hingga 6 Januari 2022.

Iklan

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Akmalzatul Mohamed Nawi manakala peguam, D Yasinthra mewakili tertuduh.

Seramai empat saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan iaitu tertuduh telah dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula pada 19 Januari lalu.