ESGNewslytics.AI diperkenal, tambah baik analisis berita berkait ESG

Iklan
MANMINDER

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Sebuah syarikat permulaan teknologi perhubungan awam (PR) tempatan, publiCT.io memperkenalkan ESGNewslytics.AI iaitu sebuah platform yang direka bentuk untuk menambah baik cara syarikat-syarikat menganalisis liputan berita berkaitan topik alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas publiCT.io, Manminder Kaur Dhillon berkata, ESGNewslytics.AI dibina dengan algoritma kepintaran buatan (AI) termaju yang memberi khidmat kepada keperluan khusus ahli komunikasi, pelabur dan pengamal undang-undang.

Iklan
Iklan

"Dengan menganalisis data berita ESG yang luas, ia menyediakan laporan masa nyata, spesifik bagi sektor dan analisis industri, dengan memberi tumpuan kepada topik ESG yang penting.

"Untuk mengelak berlakunya maklumat palsu mengenai produk mesra alam, data adalah penting untuk memacu naratif yang telus dan tulen.

Iklan

"Ia bukan sahaja akan meningkatkan nilai pemegang saham dan menarik pelabur, tetapi juga meletakkan syarikat korporat Malaysia sebagai peneraju dalam amalan lestari seterusnya mengukuhkan pewujudan nilai jangka panjang,” katanya dalam satu kenyataan selepas pelancaran platform berkenaan.

Manminder menjelaskan, platform itu juga akan membolehkan syarikat-syarikat mewujudkan startegi ESG yang lebih baik dengan menganalisis kata kunci mengenai jenama mereka di dalam laporan berita.

Iklan

Kata beliau, analitik platform tersebut menawarkan syarikat-syarikat pandangan kritikal untuk menilai semula dan menambah baik strategi ESG mereka.

"Dengan menganalisis liputan berita mengenai kata kunci ESG yang relevan, syarikat-syarikat boleh mengukur keberkesanan inisiatif semasa dan mengenal pasti bidang yang perlu ditambah baik.

"Matlamat semasa kami adalah untuk membantu syarikat berhad (PLC) di Malaysia yang disenaraikan di Bursa Malaysia untuk membina naratif ESG berasaskan data,” ujarnya.

Mengenai strategi masa depan dan perluasan pasaran, Manminder menegaskan, penekanan diberi kepada trajektori syarikat terhadap pertumbuhan eksponen melalui peluang pelaburan baharu yang strategik dan fokus kukuh kepada pembangunan teknologi terkini.

Katanya, dengan memanfaatkan pelaburan dan mengutamakan inovasi dalam industri teknologi PR atau media, publiCT.io bermatlamat untuk meningkatkan perkhidmatan ditawarkannya dan meluaskan perkhidmatan di pasaran serantau yang sedang membangun.

PUSPAVATHY

Sementara itu, Pengasas Bersama publiCT.io, Puspavathy Ramaloo berkata, kombinasi sinergi antara ESGNewslytics.AI dan liputan media dijamin yang disediakan syarikatnya penting dalam merealisasikan visi syarikat untuk menyediakan penyelesaian PR komprehensif.

"Dengan pengenalan ESGNewslytics.AI dan platform sedia ada kami yang menjamin liputan media, kami melengkapkan penyelesaian PR dari awal ke akhir dengan matlamat menjadikan kami sebuah gedung PR yang unggul di rantau ini.

"Pendekatan serampang dua mata ini memastikan pelanggan kami tidak hanya dilengkapi dengan laporan yang dipacu AI terkini mengenai trend berita berkaitan ESG tetapi juga mendapat manfaat daripada liputan media yang dijamin untuk menyampaikan naratif mereka secara berkesan,” katanya.