Agong berangkat pulang selepas menunaikan solat Jumaat

Iklan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat pulang selepas menunaikan solat Jumaat dan mendengar Khutbah Jumaat khas bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Masjid Negara hari ini.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Khutbah Jumaat khas sempena istiadat pertabalan bertajuk ? Raja Ditaati, Negara Dirahmati? menyebut istiadat esok sangat signifikan kerana selain menjadi lambang sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia, istiadat itu juga menjulang tinggi darjat Seri Paduka Baginda sebagai payung negara.