Guru tendang, pukul budak autisme direman 7 hari

Iklan
Laporan Sinar Harian

PETALING JAYA - Seorang guru yang disyaki menendang dan memukul budak lelaki autisme berusia enam tahun di pusat jagaan kanak-kanak di Kelana Jaya dekat sini, direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, reman lelaki berusia 32 tahun itu bermula Jumaat sehingga 25 Julai depan.

Iklan
Iklan

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan satu laporan diterima polis pada Rabu daripada bapa mangsa, membabitkan kejadian terbabit.

Iklan

Siasatan awal dipercayai suspek yang juga guru di pusat jagaan terbabit telah menendang, memukul dan menarik mangsa secara kasar sehingga mangsa terjatuh daripada kerusi.

Susulan itu, guru terbabit ditahan di kediamannya di Ampang, Selangor pada Khamis.

Iklan