Polis kesan wanita ganggu pengguna jalan raya

Iklan
Aksi seorang wanita yang dikesan menggangu pengguna jalan raya di Jalan Penang. Gambar kecil: Razlam

GEORGE TOWN - Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian seorang wanita yang mengganggu pengguna jalan raya seperti video tular di laman sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, semakan mendapati kejadian berkenaan berlaku di Jalan Penang, namun sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian terbabit.

Iklan
Iklan

"Polis ingin menasihati orang ramai agar berkelakuan sopan di tempat awam serta tidak mengganggu ketenteraman orang ramai," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini tular video seorang wanita yang memakai baju belang dan berkaca mata hitam kelihatan mengganggu beberapa pengguna jalan raya di hadapan Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang dekat sini.

Iklan
Iklan

Video berdurasi 53 saat itu turut memaparkan aksi wanita berkenaan seolah-olah menari di tengah jalan raya sehingga mengganggu ketenteraman orang ramai.