Pemilik kediaman didakwa bina binaan tanpa permit

Iklan
Gambar hiasan

BANTING - Seorang pemilik kediaman didenda RM400 atau 20 hari penjara oleh Mahkamah Majistret Telok Datok di sini pada Rabu berhubung satu kes meletakkan bahan binaan di Taman Banting Baru, Banting dekat sini.

Individu berumur lewat 30-an itu dikenakan hukuman terbabit selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Maslinda Selamat.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, individu selaku orang kena saman (OKS) itu didakwa meletakkan bahan binaan di Taman Banting Baru di Banting, di sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 42(1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 kerana meletakkan bahan-bahan binaan iaitu batu-bata serta sisa binaan, tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kanan MPKL, Hasrizal Abd Rahim dan Pegawai Pendakwanya, Ahmad Razali Abd Manaf.

Sementara itu, menerusi kenyataan media, MPKL menasihatkan mana-mana individu atau syarikat yang menjalankan pembinaan agar mendapatkan permit termasuk kebenaran yang sah daripada agensi itu.

Iklan

Menurutnya, ia dapat mengelakkan daripada dikenakan tindakan mahkamah oleh MPKL.

"Sebelum menjalankan aktiviti pembinaan di negeri ini, kita juga mengingatkan masyarakat supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang seperti mana yang ditetapkan MPKL," katanya.