KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengesahkan bahawa Sistem Tiket Bersepadu (KITS) serta semua saluran perkhidmatan pelanggannya terjejas oleh gangguan IT global.
KTMB dalam catatan Facebook hari ini memaklumkan bahawa kerja-kerja pemulihan untuk membetulkan gangguan teknikal sedang giat dijalankan.