Yayasan Bank Rakyat terima Anugerah ‘Foundation Of The Year’

Iklan
Philip (dua dari kanan) menerima Anugerah ‘Foundation Of The Year’ yang disampaikan oleh Noraini pada Majlis Anugerah Kelestarian Dan CSR Malaysia 2024 pada Khamis.

KUALA LUMPUR- Yayasan Bank Rakyat (YBR) menerima Anugerah ‘Foundation Of The Year’ bagi kategori perbankan di Majlis Anugerah Kelestarian Dan CSR Malaysia 2024 pada Khamis.

Iklan
Iklan

Penyerahan anugerah yang berlangsung di Hotel Berjaya Time Square, Kuala Lumpur itu telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Anugerah ini telah disampaikan kepada Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang diiringi Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani

Iklan

Pengiktirafan kali keempat berturut-turut diterima adalah di atas inisiatif yang telah dijalankan oleh YBR dalam meningkat sosioekonomi rakyat Malaysia melalui pendidikan serta program-program kemasyarakatan yang telah dijalankan sepanjang tahun 2023 bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Philip (tiga dari kiri) menerima piala iringan yang disampaikan oleh Noraini.

Menurut Philip, anugerah ini merupakan tanda pencapaian YBR sepanjang penubuhan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dan diharap YBR akan terus mengekalkan momentum dalam membantu masyarakat Malaysia yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.

Philip (lima dari kiri) dan Syaiful Rizal (empat dari kiri) pada Anugerah Kelestarian Dan CSR Malaysia 2024 pada Khamis.

Iklan

Tambah beliau lagi, sepanjang tahun 2023 YBR telah membelanjakan sebanyak RM28.35 juta sebagai peruntukan bantuan pendidikan dan masyarakat.

"Pengiktirafan ini merupakan bukti kesungguhan YBR dalam membantu mereka yang memerlukan serta semangat yang jitu dalam meningkatkan tahap sosio ekonomi masyarakat.

"Kami akan sentiasa komited serta mempelbagaikan strategi dalam membantu meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi rakyat Malaysia melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, penghormatan yang diberikan ini membuktikan impak positif di atas penglibatan dan komitmen berterusan YBR dalam menyantuni mereka yang kurang bernasib baik serta menyemarakkan lagi semangat untuk terus berbakti kepada masyarakat dan negara.

YBR ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang menjadi sebahagian daripada kejayaan ini.