MOVON, Viomi lancar peti ais, mesin basuh berteknologi AI, IoT

Iklan
Wai Hoong (tengah) menunjukkan Peti Sejuk Pintar AI MOVON Chillmate 508L (V Series).

JENAMA produk bayi perintis sewa-ke-milik Malaysia, MOVON Sdn Bhd dengan kerjasama Viomi melancarkan produk Peti Sejuk Pintar AI MOVON ChillMate 508L (V Series) dan Mesin Cuci dan Pengering Pintar Ultra-Slim MOVON DuoMate 10.6 (V Series).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mak Wai Hoong berkata, kedua-dua produk tersebut menggunakan algoritma kecerdasan buatan (AI) dan teknologi Internet of Things (IoT) untuk memberi pengalaman rumah pintar kepada pengguna.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dengan menggabungkan teknologi terkini, ia membolehkan ibu bapa menjaga bayi mereka dengan lebih cekap dan mudah serta meningkatkan kesejahteraan keluarga.

"Setiap keluarga boleh menjalani kehidupan lebih selesa menerusi penggabungan teknologi pintar.

Mesin Cuci dan Pengering Pintar Ultra-Slim MOVON DuoMate 10.6 (V Series).

Iklan

"Inovasi ini turut membantu menyelesaikan kerja rumah dengan lebih efektif,” katanya selepas majlis pelancaran produk baharu itu di Pavilion Bukit Jalil, di sini pada Jumaat.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Movon Sdn Bhd, JY Tay.

Iklan

Tambah beliau, pengguna boleh mengawal suhu dari jarak jauh dengan menggunakan aplikasi IoT.

"Rekaan nipis peti sejuk ini dibuat mengikut keperluan ibu bapa dan sepadan dengan saiz kabinet dapur.

"Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, peti sejuk ini mempunyai dwifungsi yang mana sesuai untuk memastikan susu ibu kekal segar dan berkhasiat,” ujarnya.

Wai Hoong (kiri) dan Tay (kanan) melancarkan produk terbaharu Peti Sejuk Pintar AI MOVON Chillmate 508L (V Series) dan Mesin Cuci dan Pengering Pintar Ultra-Slim MOVON DuoMate 10.6 (V Series) pada Jumaat.

Dalam pada itu, Wai Hoong berkata, Mesin Cuci dan Pengering Pintar Ultra-Slim MOVON DuoMate 10.6 (V Series) mempunyai kombo pintar yang direka khas membantu membersihkan pakaian bayi secara menyeluruh.

Menurutnya, dengan melaksanakan pelbagai inovasi barangan pintar, ia berupaya mencipta gaya hidup yang lebih mampan.

"Program pencucian dan pengeringan dikendalikan melalui panel mesin khas bagi memastikan pakaian bayi selamat serta bersih untuk kulit halus.

"Kami mengalu-alukan orang ramai untuk mengalami dan membeli produk terbaharu kami,” katanya.