Rasuah projek lebuh raya: COO syarikat konsesi disambung reman

Iklan
Suspek berusia 50-an disambung reman setelah ditahan SPRM pada 15 Julai lalu kerana menerima suapan lebih RM300,000 berhubung pembinaan satu projek lebuh raya di Lembah Klang.

KUALA LUMPUR - Seorang ketua pegawai operasi (COO) syarikat konsesi lebuh raya yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000 disambung reman selama tiga hari bermula Sabtu.

Suspek yang ditahan pada 15 Julai lalu disyaki menerima rasuah membabitkan pembinaan satu projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai kira-kira RM6 bilion.

Iklan
Iklan

Perintah sambung reman itu dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Jumaat.

Permohonan sambung reman itu dibuat berikutan tempoh asal reman suspek tamat pada Jumaat.

Iklan

Menurut sumber, suspek seorang lelaki yang berusia sekitar 50-an ditahan kira-kira jam 8 malam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Susulan penahanan itu, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Selasa dan perintah reman selama empat hari sehingga Juamat telah dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

Iklan

"Siasatan awal mendapati suspek menerima rasuah melebihi RM300,000 daripada pemilik-pemilik syarikat bagi pembinaan satu projek lebuh raya di Lembah Klang yang bernilai kira-kira RM6 billion," katanya pada Jumaat.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan sambungan tempoh reman tersebut dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.