Pemandu e-hailing hilang dijumpai di Klang

Iklan
Laporan Sinar Harian

AMPANG - Pemandu e-hailing yang sebelum ini dilaporkan hilang minggu lalu ditemukan selamat di Klang, pada Jumaat.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail.

Iklan
Iklan

"Lelaki berusia 33 tahun itu ditemui di Klang, Selangor sebentar tadi, oleh sepasukan Polis Ampang Jaya. Kenyataan media akan dikemukakan setelah laporan penuh dibuat,” katanya pada Jumaat.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan satu laporan kes orang hilang diterima polis pada Ahad lalu.

Iklan

Lelaki itu ialah Syahrul Asyraf Dahlan, 33, kali terakhir dapat dihubungi melalui panggilan telefon oleh ahli keluarga yang tinggal di Melaka pada 12 Julai lalu.

Lelaki tersebut dimaklumkan tinggal di sekitar kawasan Lembah Klang dan hanya tidur di dalam kereta miliknya sejak bekerja sebagai pemandu e-hailing.

Iklan