'Ganti rugi bila tiba waktunya' - Muhammad Jailani

Iklan
Muhammad Jailani

MELAKA -"Soal ganti rugi saya akan bercakap bila waktunya tiba," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.

Ia susulan kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bahawa UMNO sedang meneliti tindakan yang bakal dikenakan terhadap bekas Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan itu.

Iklan
Iklan

Muhammad Jailani mendakwa, tindakannya untuk tidak sehaluan dengan kerajaan negeri kerana manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 2021 telah dimungkiri.

Menurutnya, beliau tidak sanggup berbohong kerana dalam manifesto BN telah menjanjikan kepada rakyat bahawa BN tidak akan bergabung dengan mana-mana parti.

Iklan

Katanya, pengundi Melayu juga ketika itu memberi undi kepada BN atas dasar tiada kerjasama dengan PH mahupun PN.

"Apa kesilapan yang perlu saya baiki semasa digantung? Kesilapan itu saya yang lakukan? Atau kesilapan ini Zahid dan UMNO yang lakukan, bukan MCA atau MIC," katanya lagi.

Iklan

Pada Selasa, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan Muhammad Jailani yang sebelum ini digantung keahlian dalam UMNO sah menyertai Pas.

Katanya, kemasukan Muhamad Jailani ke parti itu berkuat kuasa Jun tahun lalu sebelum DUN Melaka meluluskan Akta Anti Lompat Parti yang dinamakan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2023 pada 31 Julai 2023.

UMNO tahun lalu menggantung keahlian Muhamad Jailani selama enam tahun kerana didakwa melakukan sabotaj terhadap parti kerana dengan sengaja hadir pada majlis pengumuman calon Perikatan Nasional (PN) bagi PRK DUN Simpang Jeram di Bakri, Johor.

Pada Mac 2020 lalu, Muhammad Jailani antara empat wakil rakyat PH di Melaka yang bertindak menyokong gabungan PN selepas mendakwa hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Ketua Menteri Melaka ketika itu, Adly Zahari sehingga kerajaan PH Melaka tumbang.