MANCHESTER United masih dalam proses membina pasukan dan mempunyai kurang kedalaman berbanding kebanyakan pesaing Liga Perdana Inggeris lain, kata pengendali Erik ten Hag yang menyifatkan faktor kecederaan punca kelab menamatkan saingan kelapan.
Ten Hag awal bulan ini melanjutkan kontraknya sehingga 2026 walaupun spekulasi pengendali kelahiran Belanda itu akan dipecat selepas musim hambar apabila hanya berjaya menyerlahkan kejayaan Piala FA.
Dia menyebut sejumlah 61 perlawanan untuk kelabnya dalam semua pertandingan musim lalu sebagai pelik.
"Itu terlalu berlebihan. Kami bukan satu-satunya pasukan yang bergelut dengan kecederaan, kelab lain mengalami perkara sama.
"Musim lalu kami sentiasa alami kecederaan pemain di posisi sama, semuanya di belakang. Pada satu ketika kami hampir tiada pemain pertahanan yang tersedia,” katanya.
Pada masa ten Hag berkata:"Ketika kami bermula di sini, United tidak memenangi trofi selama enam tahun dan ia bukan kerana mereka tidak mempunyai pengurus yang baik di sini.
"Ia mengatakan sesuatu tentang komposisi dan kualiti kumpulan pemain. Saya tahu bahawa apabila saya bermula, sudah tentu, tetapi mereka adalah pemain dengan kontrak jangka panjang.
"Kami pernah dan masih dalam proses membina. Jika anda membandingkan skuad kami dengan kelab terkemuka lain dalam Liga Perdana, kami pastinya agak kurang dari segi kedalaman. Itulah sebabnya kami mendapati sukar untuk menangani kecederaan itu.”