Syor menteri jadi AG, kuasa Pendakwa Raya dipisahkan boleh dikaji
Iklan
SHAH ALAM - Cadangan mengembalikan semula amalan pelantikan menteri Kabinet sebagai Peguam Negara (AG) tetapi dengan peranan pendakwa raya dipisahkan dan dipegang individu lain boleh dikaji bagi memastikan kebebasan pendakwa raya terjamin.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran berkata, Peguam Negara sudah berfungsi sebagai seorang ‘menteri Kabinet’ yang menasihati kerajaan dalam hal undang-undang di negara-negara seperti Kanada dan Australia.