Pas beri laluan Bersatu bertanding DUN Nenggiri
Iklan
SHAH ALAM - Pas kekal dengan pendirian untuk memberi laluan kepada calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertanding mewakili Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Kelantan pada 17 Ogos depan.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, parti itu menghormati keputusan muktamad pucuk pimpinan tertinggi PN bahawa kerusi DUN Nenggiri tetap ditandingi calon Bersatu dalam PRK nanti.