Integriti dan kestabilan politik
Iklan
APA sudah jadi dengan Akta Anti Lompat Parti kita sebenarnya? Persoalan itu kerap ditanya umum setiap kali isu tersebut timbul.
Daripada pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang membawa kepada pilihan raya kecil (PRK), kepada keputusan tiada pengosongan kerusi enam ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri dan terkini, pengumuman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia melompat masuk Pas, memperlihatkan kelompangan yang jelas terhadap akta itu di semua peringkat kerajaan.