Remaja rebah meninggal dunia, tak sempat tonton aksi KDA FC lawan JDT

Iklan
Seorang remaja rebah sebelum meninggal dunia ketika hendak menyaksikan perlawanan bola di Stadium Darul Aman. Foto ihsan pembaca

ALOR SETAR - Seorang remaja rebah sebelum meninggal dunia ketika hendak menyaksikan perlawanan Piala FA antara Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Aman, di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, remaja berusia 18 tahun itu rebah semasa berada di tempat duduk penonton di stadium itu pada jam 7 petang.

"Bagaimanapun, dia dikatakan telah rebah dan tidak sedarkan diri semasa berada di tempat duduk penonton sebelum perlawanan bermula," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Menurutnya, orang ramai yang melihat kejadian itu kemudiannya segera menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang bertugas di stadium untuk membawa remaja tersebut ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bagi menerima rawatan.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan, pegawai perubatan telah mengesahkan remaja tersebut telah meninggal dunia setibanya di Zon Kecemasan HSB.

Iklan

Tambahnya, semakan dan temubual ke atas waris mendapati remaja tersebut merupakan seorang penghidap sakit jantung sejak kecil.

Kata beliau, pihak perubatan HSB juga telah mengesahkan sebab kematian sebagai"Complex Cyanotic Heart Disease" iaitu berkait sakit jantung yang dihidapi.

Siti Nor Salawati turut memberitahu, pihaknya menerima laporan berkenaan kematian remaja tersebut pada jam 8.18 malam.

Beliau berkata, siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian ini dan kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut.