Mangsa lemas Taman Pulai Perdana dikebumi di Pekan Nanas

Iklan
Sinar Harian melaporkan seorang remaja perempuan lemas manakala empat adik beradik yang lain berjaya diselamatkan bapa mereka di kawasan anak sungai dekat Taman Pulai Perdana, Skudai pada petang Jumaat.

JOHOR BAHRU - Jenazah remaja perempuan yang lemas di kawasan anak sungai dekat Taman Pulai Perdana, Skudai pada petang Jumaat akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 26 Pekan Nanas pada Sabtu.

Perkara tersebut dinyatakan bapa mangsa, Fazly Mohd Noor, 33, ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan lanjut daripada pihak keluarga mangsa berhubung insiden berkenaan.

Dalam insiden sekitar jam 3.38 petang Jumaat, mangsa bersama empat lagi adik-beradiknya dikatakan mandi dan memancing dengan keluarga di lokasi.

Iklan

Bagaimanapun, difahamkan terdapat satu tempat yang dalam seperti kawah di kawasan anak sungai terbabit menyebabkan kesemua mangsa yang sedang mandi lemas.

Bapa mereka berjaya menyelamatkan empat anaknya iaitu remaja perempuan berusia 16 tahun, remaja lelaki (12 tahun) serta dua kanak-kanak perempuan berusia lapan dan lima tahun; namun gagal menyelamatkan mangsa yang berusia 14 tahun.

Iklan

Mangsa kemudiannya ditemukan oleh anggota bomba pada jarak lebih kurang empat meter dari tebing.

Mangsa diberikan rawatan bantuan pernafasan (CPR) selama 40 minit sebelum pegawai perubatan yang berada di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Ketika kejadian tiga lagi adik-beradik melibatkan anak sulung perempuan berusia 21 tahun dan dua adik kembar perempuan masing-masing berusia 17 tahun tidak ikut sama.