Fabregas naik pangkat di Como

Iklan
Fabregas ketika mengendalikan Como.

BEKAS pemain Sepanyol, Cesc Fabregas dilantik pengendali Como selepas membawa I Voltiani naik ke Serie A Itali, sebagai penolong dan jurulatih sementara musim lalu, kata kelab itu.

Bekas pemain tengah Arsenal, Barcelona dan Chelsea, Fabregas menamatkan karier professional bersama Como pada 2023 sebelum menggalas tanggungjawab penolong jurulatih di kelab itu.

Iklan
Iklan

Dia mengambil alih sebagai pengendali sementara selepas ketua jurulatih, Moreno Longo dipecat.

Como kemudiannya meningkat daripada kedudukan ketujuh kepada ketiga Serie B di bawah Fabregas sebelum Osian Roberts dilantik pengendali sementara pada Disember, dengan Fabregas kekal sebagai pembantunya.

Iklan

Como memperoleh promosi automatik selepas menduduki tempat kedua dalam liga.

Roberts kini akan mengambil alih sebagai ketua pembangunan Como, kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Iklan

"Saya sangat gembira untuk memulakan musim ini sebagai ketua jurulatih dan berterima kasih kepada kumpulan pemilik kerana mempercayai saya dengan jawatan ini.

"Ia akan menjadi musim yang sukar dan penting tetapi saya dan kakitangan kejurulatihan lain sudah bersedia dan kami semua percaya kepada kemampuan kelab untuk berdaya saing,” kata Fabregas.