KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Hanafi Hadi yang pernah menjadi pengawal pengiringnya dan kini terlantar sakit.
Menerusi hantaran di laman Facebook pada Sabtu, Anwar berkata, sumbangan bagi meringankan beban kos perubatan dan pembelian kerusi roda khas itu disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi.
Ahmad Farhan menyerahkan sumbangan bagi meringankan beban kos perubatan dan pembelian kerusi roda khas Hanafi yang kini terlantar sakit. Foto Facebook Anwar Ibrahim