[VIDEO] Masjid Imanul Fa'izin agih lebih 3,000 pek bubur asyura

Iklan

KOTA BHARU - Masjid Imanul Fa'izin meneruskan tradisi tahunan apabila mengagihkan lebih 3,000 pek bubur asyura kepada penduduk setempat dan jemaah termasuk pengunjung yang singgah di masjid itu pada Sabtu.

Menariknya, seramai 300 penduduk yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan jantina bergotong-royong mengacau 27 kawah bubur asyura yang bermula seawal jam 8 pagi.

Iklan
Iklan

Sekawah bubur asyura itu menelan belanja sebanyak RM1,000 dan ia ditaja sepenuhnya oleh Andalusia Travels & Tours Sdn Bhd.

Setiap kawah mewakili sebuah kampung dan dianggarkan sebanyak 150 pek akan diagihkan kepada penduduk di 11 mukim di sini.

Pengerusi Masjid Imanul Fa'izin, Nik Saiful Adli Burhan berkata, setiap kawah mewakili sebuah kampung dan dianggarkan sebanyak 150 pek akan diagihkan kepada penduduk di 11 mukim di sini.

Iklan

"Alhamdulillah kalau kita lihat pada hari ini semua peringkat umur hadir untuk sama-sama bergotong-royong menyiapkan bubur asyura.

"Kita mahu jadikan ia satu medium dakwah di mana orang ramai hadir ke masjid bukan sahaja untuk solat tetapi beraktiviti di sini yang dapat merapatkan ukhuwah satu sama lain," katanya kepada pemberita.

Di samping memperkenalkan keindahan masjid ini diharap ia akan menjadi salah satu medium penyatuan penduduk sekitar.

Iklan

Menurut beliau, ia selaras dengan hasrat pemilik masjid yang juga Pengarah Urusan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Ibrahim Mat Sin.

Ujarnya, sudah menjadi teras masjid berkenaan apabila setiap program yang dianjurkan itu haruslah melibatkan ahli jawatankuasa masjid, jemaah serta penduduk kampung.

Anak-anak muda tidak ketinggalan bersikap ringan tulang membantu menyiapkan bubur asyura.

Nik Saiful Adli memberitahu, di samping memperkenalkan keindahan masjid ini diharap ia akan menjadi salah satu medium penyatuan penduduk sekitar.

Tambahnya, ia merupakan tradisi sebelum Masjid Imanul Fa'izin masih dalam proses pembinaan lagi dan akan dijadikan sebagai acara tahunan pada masa akan datang.

Masjid Imanul Fa'izin meneruskan tradisi tahunan apabila mengagihkan lebih 3,000 pek bubur asyura pada Sabtu.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, bubur asyura tersebut juga akan turut diagihkan kepada jemaah serta orang ramai yang hadir ke masjid pada waktu solat Asar dan Maghrib.

"Kita menyediakan lebih 300 pek bubur asyura untuk mereka yang terawal. Ini supaya semua pihak dapat merasa dan mengambil berkat bulan Muharam," katanya.

Sementara itu, remaja yang ditemui, Nur Insyirah Mohd Yusof, 16, memberitahu, dia dan rakan-rakannya sangat teruja dapat sama-sama bergotong-royong menyiapkan bubur asyura.

Nur Insyirah (kanan) bersama rakan-rakannya teruja dapat menyumbang tenaga sepanjang program tersebut.

Menurutnya, dia dan 10 lagi rakannya sudah dua hari berkampung di sini untuk menyiapkan bahan-bahan masakan.

"Kami diajar mengupas bawang, potong sayur-sayuran, asingkan daging dan banyak lagi.

"Selain dapat menunaikan solat secara berjemaah, kami berpeluang belajar dan menimba ilmu secara langsung daripada makcik di sini," katanya.

Nik Saiful Adli (dua dari kiri) bersama ahli jawatankuasa Masjid Imanul Fa'izin bergotong-royong menyiapkan bubur Asyura pada Sabtu.

Bagi Mohd Adam Zulhaq Al Hafiz Mat Tajudin, 16, dia rakan-rakan gembira apabila diberikan peranan dalam kerja-kerja mengacau bubur asyura.

Ujarnya, walaupun penat namun sikap bergilir-gilir menjadikan kerja itu lebih mudah.

"Saya suka sertai program seperti ini, lagipun hari ini tidak bersekolah. Selain membantu kami juga dapat meluangkan masa dengan pelbagai aktiviti lain di masjid," katanya.