11 maut, lebih 30 hilang selepas jambatan di China runtuh

Iklan
Jambatan yang terletak di Daerah Zhashui, Bandar Shanglu itu sebahagiannya runtuh akibat hujan lebat dan banjir kilat. Foto Xinhua

XI'AN - Sebuah jambatan lebuh raya runtuh yang disebabkan oleh hujan lebat di wilayah Shaanxi, barat laut China, telah mengorbankan 11 orang dan menyebabkan lebih 30 hilang, kata pihak berkuasa tempatan pada Sabtu, lapor Xinhua.

Jambatan itu yang terletak di Daerah Zhashui, Bandar Shangluo, sebahagiannya runtuh sekitar 8.40 malam pada Jumaat akibat hujan lebat dan banjir kilat, menurut biro publisiti daerah itu.

Iklan
Iklan

Runtuhan itu menyebabkan beberapa kenderaan terjunam ke dalam Sungai Jinqian di bawah jambatan berkenaan. Jumlah kenderaan yang terlibat masih sedang ditentukan, kata biro tersebut.

Operasi menyelamat sedang dijalankan. - Bernama-Xinhua

Iklan

Iklan