Ahli UMNO jangan terima bulat-bulat dakyah dicipta pembangkang - Mahdzir

Iklan
Mahdzir mengingatkan ahli UMNO diingatkan supaya tidak menerima bulat-bulat dakyah dicipta pembangkang.

PADANG TERAP - Ahli UMNO diingatkan supaya tidak menerima bulat-bulat dakyah dicipta pembangkang yang cuba memburukkan kepimpinan sama ada di peringkat Persekutuan, negeri, bahagian mahu pun cawangan kerana boleh merosakkan parti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, setiap berita yang diterima perlu disemak terlebih dulu bagi memastikan kalangan ahli tidak terpedaya hingga dipermainkan pembangkang.

Iklan
Iklan

Katanya, sesebuah parti itu kadang-kadang kelihatan lesu bukan disebabkan kekuatan pihak lawan tetapi kerana tindakan ahlinya sendiri.

"Apabila datang dakyah dari pembangkang, macam mudah sangat nak percaya bulat-bulat sedangkan kita tak berusaha mencari kebenarannya dengan menyemak semula berita itu

Iklan

"Pada akhirnya kita tidak sedar sedang dipermainkan oleh pihak yang mahu menjahanamkan parti ini," katanya ketika ditemui di Mesyuarat Agung Perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap di sini, pada Sabtu.

Sementara itu ketika diminta mengulas usul dibuat UMNO Bahagian Alor Setar agar UMNO kembali diberikan kerusi Parlimen Alor Setar serta salah satu Dewan Undangan Negeri (DUN), Mahdzir berkata, parti berkenaan memiliki hak untuk membuat permintaan tersebut.

Iklan

"Kita ada hak untuk minta dan tiada salahnya untuk UMNO Alor Setar berbuat demikian. Tak ada salahnya untuk kita menilai semula kesesuaian parti mana yang harus bertanding di Parlimen dan DUN tersebut, atau mana-mana kawasan demi kebaikan bersama.

"Semua ini bagi memperkukuhkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan perkara sebegini tidak harus dilihat sebagai sesuatu yang membawa kepada perpecahan," katanya.