Pelajar lemas dihanyutkan arus deras

Iklan
Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang pelajar lelaki maut akibat lemas ketika mandi di sungai Pulau Meranti di sini pada Jumaat.

SEPANG - Polis mengesahkan remaja yang maut akibat lemas di sungai Kampung Pulau Meranti di sini pada Jumaat dihanyutkan arus deras ketika mandi di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, semakan mendapati mangsa merupakan remaja lelaki berumur 14 tahun.

Iklan
Iklan

"Siasatan mendapati mangsa yang merupakan pelajar di sebuah sekolah di Putra Perdana dipercayaimandi bersama beberapa rakannya kira-kira jam 3.30 petang.

"Bagaimanapun arus deras kemudiannya menghanyutkan mangsa sebelum mayatnya ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Katanya, mayat mangsa kemudiannya ditemui di dasar sungai dengan kedalaman kira-kira tiga meter oleh anggota bomba yang menjalankan usaha pencarian.

"Mayat mangsa yang ditemui pada jam 6.38 petang itu kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Serdang untuk proses bedah siasat.

Iklan

"Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang pelajar lelaki maut akibat lemas ketika mandi di sungai Pulau Meranti di sini pada Jumaat.