Sultan Brunei berkenan menerima menghadap Anwar

Iklan
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur pada Sabtu. Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu kota antara lain bagi membincangkan tentang kemajuan kerjasama Malaysia dan negara itu.

Anwar menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan, turut dibincang persediaan Rundingan Pemimpin Tahunan ke-25 yang bakal berlangsung di Bandar Seri Begawan bulan depan.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah Paduka Seri Baginda Sultan dan saya berpeluang menilai kemajuan kerjasama yang sedang giat berlangsung antara Malaysia dan Brunei Darussalam selain membincangkan beberapa perkara yang menjadi kepentingan bersama.

"Mendoakan semoga hubungan kedua-dua negara terus diperkukuh demi manfaat bersama, insya-ALLAH,” kata beliau.

Iklan

Terdahulu, Sultan Hassanal Bolkiah bersama Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan berangkat ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara pagi tadi.

Sultan Hassanal Bolkiah turut dijadual menghadiri Majlis Santapan Diraja di Istana Negara malam ini sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.- Bernama

Iklan