MCA keluar BN: Kenyataan dicipta individu, golongan tertentu

Iklan
Laporan Sinar Harian. Zambry (kanan) - FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

KUALA LUMPUR - Spekulasi mengenai MCA akan keluar daripada Barisan Nasional (BN) hanya kenyataan yang dicipta oleh segelintir individu atau golongan tertentu.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, dakwaan tersebut juga telah dinafikan Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon.

Iklan
Iklan

"Setiausaha Agung MCA juga telah memaklumkan perkara itu tidak berlaku," katanya ketika ditemui selepas merasmikan penutup Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras, di sini pada Sabtu.

Zambry (tengah) bergambar bersama perwakilan yang hadir pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras pada Sabtu. - FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

Sebelum ini sebuah portal berita melaporkan, sumber pucuk kepimpinan MCA dan anggota akar umbi parti tidak lagi gembira dengan kedudukan parti terbabit dalam BN selepas menyertai gabungan tersebut sejak 72 tahun lalu.

Iklan

Susulan itu, Sin Woon tampil menafikan dakwaan terbabit dengan menjelaskan tiada sebarang perbincangan dibuat dalam kalangan kepimpinan.

Sementara itu, Zambry menjelaskan, parti komponen BN sentiasa sehaluan dan bersama dalam isu berkaitan politik semasa selain dibincangkan secara terbuka dalam mesyuarat majlis tertinggi.

Iklan

"Jadi tidak ada masalah melibatkan parti nak keluar dari BN atau parti nak masuk," ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai usul UMNO Alor Setar berkaitan tuntutan kerusi Parlimen, Zambry yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi parti menegaskan, perkara tersebut menjadi kebisaan bagi parti yang bertanding dalam pilihan raya.

Beliau berkata, tuntutan sedemikian tidak hanya di Alor Setar, malah turut berlaku di kawasan lain.

"Yang paling mustahak, akhirnya kita akan buat keputusan di peringkat BN kerana kepimpinan ada mesyuarat majlis tertinggi.

"Terlalu awal untuk kita fikirkan (tuntutan kerusi), pandangan seperti itu biasa kita dengar bukan hanya libatkan UMNO, parti komponen dan 'friends of BN'," jelasnya.

Terdahulu usul tersebut dibuat UMNO Alor Setar supaya parti itu kembali diberikan kerusi Parlimen Alor Setar serta satu daripada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).