PRK Nenggiri: Bersatu Kelantan mahu menang majoriti 3,200 undi

Iklan
Kamarudin semasa berucap pada Ceramah Gelombang Selamatkan Malaysia dan Pelancaran Jentera PN PRK Nenggiri di Pusat Tarbiah Limau Kasturi 2, di Gua Musang pada Sabtu.

GUA MUSANG - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan mahu menang dengan majoriti 3,200 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada 17 Ogos ini.

Pengerusinya, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, momentum kemenangan Perikatan Nasional (PN) pada PRK Sungai Bakap, Pulau Pinang mahu diteruskan di Nenggiri.

Iklan
Iklan

"Pada PRN15 (Pilihan Raya Negeri Ke-15) lalu kita menang dengan 810 undi.

"Kali ini, PN mahu majoriti lebih tiga kali ganda sepertimana di PRK Sungai Bakap," katanya semasa berucap pada Ceramah Gelombang Selamatkan Malaysia dan Pelancaran Jentera PN PRK Nenggiri di Pusat Tarbiah Limau Kasturi 2, di sini pada Sabtu.

Iklan
Kamarudin mahu menang dengan majoriti 3,200 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada 17 Ogos ini.

Menurut beliau, PRK Nenggiri ini terpaksa diadakan selepas wakil rakyat sebelum ini dari Bersatu telah melanggar peraturan dengan menyokong parti lawan.

Ujarnya, tindakan itu jelas melanggar peraturan parti menyebabkan Speaker DUN Kelantan mengosongkan kerusi Nenggiri secara luar jangka.

Iklan

PRK Nenggiri diadakan selepas Yang Dipertua DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah pada 19 Jun lepas mengumumkan kekosongan kerusi itu susulan tindakan Bersatu menggugurkan keahlian penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian DUN Nenggiri pada 17 Ogos manakala penamaan calon serta pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos.