Fokus pulih sokongan UMNO, ketepi jawatan dalam kabinet - Dr Akmal

Iklan
Muhamad Akmal

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh meletak keutamaan kepada usaha mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti itu terlebih dahulu berbanding jawatan dalam kabinet Kerajaan Persekutuan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu menegaskan selagi kepercayaan berkenaan belum diperoleh semula, beliau akan memilih untuk berada di luar Kabinet.

Iklan
Iklan

"Bukan jawatan yang dikejar tetapi kepercayaan rakyat kepada parti menjadi keutamaan saya buat masa ini," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jasin berkata demikian ketika mengulas usul khas UMNO Bahagian Subang agar beliau dilantik sebagai menteri.

Iklan

Pada Sabtu, Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Arman Azha Abu Hanifah dilaporkan mencadangkan semua UMNO bahagian yang belum mengadakan mesyuarat agar menjadikan usul khas itu sebagai usul rasmi dalam mesyuarat bahagian masing-masing.

Arman Azha berkata, beliau melihat sudah dua penggal Ketua Pemuda UMNO tidak diberikan peluang, ruang dan juga tanggungjawab untuk menggalas jawatan sebagai menteri dan timbalan menteri.

Iklan