Simbol penyatuan rakyat Malaysia

Iklan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bersemayam di singgahsana, Balairong Seri Istana Negara sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada Sabtu. - Foto: Bernama

Malaysia sebuah negara yang unik dengan sistem pemerintahan dan pentadbiran yang diiktiraf dan sentiasa diakui kewibawaannya. Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada Sabtu merupakan antara keistimewaan yang dirai dalam konteks alam tanah air ini.

Amalan sistem Raja Berperlembagaan menjadi teras keindukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 32, sekali gus meletakkan kedudukan tertinggi Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dalam kitab perundangan luhur dan tinggi.

Lagu kebangsaan dan hampir semua lagu negeri turut memastikan ketertinggian ‘takhta’ beraja dipertahankan keabsahan dan kesetiaannya.

Bait ‘rahmat bahagia, Tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertakhta’ memberi gambaran bagaimana soal kenegaraan membolehkan pelindungnya adalah raja yang selamat bertakhta di bawah kerahmatan Tuhan.

Prinsip kedua Rukun Negara adalah ‘kesetiaan kepada raja dan negara’ juga menyampaikan isyarat kepada warga Malaysia bagaimana kesetiaan adalah kepada institusi beraja negara ini.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Artikel Tanpa Had Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan dengan
Log Masuk atau Daftar Akaun untuk membaca artikel ini.