MPS roboh struktur tambahan tanpa kebenaran

Iklan
Tindakan perobohan bagi struktur bangunan tanpa kebenaran itu berjalan lancar dan tamat pada jam 10.15 pagi

SELAYANG - Pemilik sebuah rumah di Taman Sri Gombak dekat sini terpaksa menanggung akibat ekoran tidak mengikut piawaian dalam pembinaan struktur tambahan yang memerlukan kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ia selepas struktur tambahan yang dibina pemilik rumah terbabit terpaksa dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) selepas di bina di atas longkang tanpa mendapat sebarang kelulusan PBT.

Iklan
Iklan

MPS dalam satu hantaran di laman Facebooknya memaklumkan, tindakan penguatkuasaan itu diambil selepas notis kesalahan di bawah Seksyen 70 (11) Akta Jalan Parit & Bangunan 1974 dikeluarkan terhadap pemilik rumah terbabit.

MPS melaksanakan operasi perobohan dengan kaedah manual

"Semakan di tapak juga mendapati tiada sebarang kelulusan bagi tambahan tersebut sebelum jabatan melaksanakan operasi perobohan dengan kaedah manual dan tiada sebarang provokasi," menurut hantaran itu pada Sabtu.

Iklan

Operasi dilaksanakan pada Khamis itu melibatkan Jabatan Bangunan, Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan, Pejabat Daerah dan Tanah Gombak serta wakil pihak Polis Diraja Malaysia bermula jam 9.45 lagi.

"Tindakan perobohan bagi struktur bangunan tanpa kebenaran itu berjalan lancar dan tamat pada jam 10.15 pagi," menurut hantaran itu lagi.

Iklan